Jumaat, 29 April 2011

Nama-nama Syurga dan penghuninya

Senarai nama Syurga yang diterima dari emel dan sangat sesuai untuk dikongsi. Semoga ia memberi semangat kepada kita untuk terus beramal.

Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.


1. Syurga Firdaus


Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah S.W.T dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam Surah Al-Mu’minun: Ayat 1-11,
Tafsirnya:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.”

(Surah Al-Mu’minun: Ayat 1-11)


2. Syurga ‘Adn


Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah S.W.T dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:


-Orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T.


“(Iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum, masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”

(Surah An-Nahl: Ayat 30-31)


- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.


“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (iaitu) Syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (Dari kekafiran dan kemaksiatan).”

(Surah Thaha: Ayat 75-76)


- Orang yang banyak berbuat baik.


“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (Pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.”

(Surah Fathir: Ayat 32-33)


- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.


“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.”

(Surah Ar-Ra’d: Ayat 22-23)


3. Syurga Na’im


Syurga Na’im diciptakan oleh Allah S.W.T dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:


“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.”

(Surah Al-Qalam: Ayat 34)


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan.”

(Surah Luqman: Ayat 8)


“Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam Syurga yang penuh kenikmatan.”

(Surah Al-Hajj: Ayat 56)


4. Syurga Ma’wa


Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah S.W.T dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:


- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.


“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”

(Surah As-Sajdah: Ayat 19)


- Orang-orang yang takut pada kebasaran Allah S.W.T dan menahan diri dari hawa nafsu buruk.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (Nya).”

(Surah An-Nazi’at: Ayat 40-41)


5. Syurga Darussalam


Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah S.W.T dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Suci Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Bagi mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.”

(Surah Al-An’am: Ayat 127)


6. Syurga Darul Muqamah


Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah S.W.T dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu."

(Surah Fathir: Ayat 34-35)


7. Syurga Al-Maqaamul


Syurga Al-Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah S.W.T dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman."

(Surah Ad-Dukhan: Ayat 51)


8. Syurga Khuldi


Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah S.W.T dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Katakanlah:” Apa (Azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.”

(Surah Al-Furqan: Ayat 15)

Inilah Syurga-Syurga Allah S.W.T yang dijanji untuk orang sangat takut kepada Allah S.W.T, untuk orang yang selalu mencari amalan/pahala. Orang selalu amalkan solat, membaca Kitab Suci Al-Qur'an, berselawat dan zikir. Kan dunia ni hanya sementara? Dunia ini bukan kekal selama-lamanya, Akhirat yang kekal selama-lamanya! Marilah kita mencari amalan, Insya Allah kita akan dirahmati Allah S.W.T. Amin!

1 ulasan: