Ali Bin Abi Talib R.A berkata: Sewaktu Rasulullah S.A.W ditanya tentang kelebihan Solat Sunat Tarawih dalam bulan Ramadhan maka Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud:-
Malam ke 1: "Orang mukmin itu terlepas dari dosanya pada permulaan malam (Tarawih) bersih seperti lahirnya dari kandungan ibu,
Malam ke 2: Dia diampuni dan juga diampuni kedua orang tuanya yang mukmin,
Malam ke 3: Salah satu Malaikat akan mengundang dari bawah Arsy: Mulailah bekerja maka Allah mengampuni dosamu yang telah lalu,
Malam ke 4: Diberinya pahala sebanyak membaca Kitab Suci Taurat, Kitab Suci Zabur, Kitab Suci Injil dan Kitab Suci Al-Quran,
Malam ke 5: Allah S.W.T memberikan pahala kepadanya seperti pahala orang mengerjakan Sembahyang di Masjidil Haram, di Masjidil Madinah dan di Masjidil Al-Aqsa,
Malam ke 6: Allah S.W.T memberikan pahala kepadanya seperti pahala orang melakukan Tawaf di Baitul Ma'mur dan memohon ampun pula baginya semua batu-batu dan tanah keras,
Malam ke 7: Seakan-akan dia telah bertemu dengan Nabi Musa A.S dan membantu beliau memerangi Firaun dan Haman,
Malam ke 8: Allah S.W.T memberikan kepadanya seperti yang telah diberikan kepada Nabi Ibrahim A.S,
Malam ke 9: Seakan-akan dia telah mengerjakan ibadah seperti Rasulullah S.A.W,
Malam ke 10: Allah S.W.T memberikan rezeki kepadanya kebaikan dunia dan Akhirat,
Malam ke 11: Dia akan keluar dari dunia seperti hari mula dia dilahirkan dari kandungan ibunya,
Malam ke 12: Di Hari Kiamat nanti dia datang dengan wajah yang cantik seperti bulan purnama,
Malam ke 13: Pada Hari Kiamat nanti dia akan selamat dan aman dari segala tanggungjawab,
Malam ke 14: Para Malaikat datang memberikan persaksian bahawa dia sesungguhnya telah mengerjakan Solat Tarawih, Allah S.W.T tidak akan menghisabnya di Hari Kiamat,
Malam ke 15: Para Malaikat dan para pembawa 'Arsy Dan Kursi memohonkan tambah baginya kebaikan,
Malam ke 16: Allah S.W.T mencatatkan dia bebas dari Neraka dan diizinkan masuk Syurga,
Malam ke 17: Dia diberikan Pahala sebanyak pahala para Nabi,
Malam ke 18: Salah seorang Malaikat akan berkata "Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah S.W.T telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.",
Malam ke 19: Allah S.W.T mengangkat darjatnya ke Syurga Jannatul Firdaus,
Malam ke 20: Dia diberi pahala sebanyak pahala para Syuhada dan Salihin,
Malam ke 21: Allah S.W.T membangunkan baginya sebuah rumah di Syurga dari cahaya,
Malam ke 22: Pada Hari kiamat nanti, dia akan datang dengan keadaan aman dari segala macam kerisauan dan kedukaan,
Malam ke 23: Allah S.W.T akan membangunkan baginya sebuah kota dalam Syurga,
Malam ke 24: Akan dikabulkan 24 doa baginya,
Malam ke 25: Allah S.W.T menghapuskan siksa kaq daripadanya,
Malam ke 26: Allah S.W.T meningkatkan Pahala baginya selama 40 tahun,
Malam ke 27: Di Hari Kiamat nanti dia akan melalui titian Siratul Mustaqim dengan mudah seperti kilat,
Malam ke 28: Allah S.W.T mengangkat 1,000 darjat baginya di dalam Syurga,
Malam ke 29: Allah S.W.T mengurniakan kepadanya 1,000 pahala Ibadah Haji yang makbul dan malam,
Malam ke 30: Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Makanlah buah-buahan Syurga, mandilah dengan air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar, Aku adalah Tuhanmu dan engkau adalah hamba-Ku."
Haruslah ingat bahawa kalau seseorang itu hanya berpuasa dan menunaikan Solat Tarawih sahaja tanpa menunaikan Solat 5 waktu, maka semua amalannya akan ditolak, apa sahaja sedekahnya juga tidak akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
Kalau kita lihat kebanyakkan orang hari ini memilih bulan Ramadhan sahaja untuk melakukan amal ibadat, sebaik sahaja habis bulan Ramadhan maka mereka tidak lagi menunaikan solat, dan ada pula orang menganggap bulan Ramadhan itu adalah bulan yang menyusahkan, sebab mereka tidak dapat bebas untuk makan dan sebaliknya mereka bersembunyi untuk makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan