Sabtu, 23 April 2011

Kisah nafsu yang degil kepada perintah Allah S.W.T

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hassan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud: "Wahai akal menghadaplah engkau." Maka akal pun menghadap kehadapan Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai akal. Baliklah engkau!" Lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai akal! Siapakah Aku?" Lalu akal pun berkata: "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai akal, tidak-Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu berkata: "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahanam selama 100 tahun. Dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu berkata: "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka jahanam selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Akhirnya nafsu mengakui dan berkata: "Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah Tuhanku."

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu jangan biarkan nafsu mengawal kita. Sebab kalau dia mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan