Ahad, 24 April 2011

Kisah binatang yang bernama Huraisy

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila Hari Kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari Neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga kebarat. Apabila ia keluar maka Malaikat Jibrail A.S berkata: "Wahai Huraisy, kamu hendak kemana dan kamu hendak cari siapa?" Lalu berkata Huraisy: "Aku mencari 5 jenis orang."

1. Orang yang tidak mengerjakan Solat.

2. Orang yang tidak mahu keluarkan zakatnya.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam Masjid hal dunia.

Bertaubatlah kita sebelum terlambat. Sama-samalah kita memohon keampunan kepada Allah S.W.T. Pintu Taubat masih terbuka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan