Iman atau percaya kepada Malaikat adalah termasuk salah satu rukun Iman sebagaimana yang disebutkan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Sayyidina Omar bin Al-Khattab R.A yang bermaksud:
"Sewaktu kami duduk dekat Rasulullah S.A.W pada suatu hari, tiba-tiba datang seorang lelaki dengan pakaian yang sangat putih, rambutnya sangat hitam, tidak diketahui dari mana datangnya dan tidak seorangpun di antara kami yang mengenalinya. Orang itu lalu duduk di hadapan Nabi Muhammad S.A.W dengan merapatkan keuda lututnya pada lutut baginda dan meletakkan keuda tangannya di atas paha baginda.
Orang itu kemudian bertanya: "Hai Muhammad, sila ceritakan kepadaku tentang Iman!"
Maka Rasulullah S.A.W menjawab: "Hendaklah engkau percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, percaya kepada kitab-kitab-Nya, percaya kepada para Rasul-Nya, percaya kepada Hari Kiamat dan percaya kepada takdir baik dan buruknya."
Itulah dalil mewajibkan kita percaya kepada para Malaikat. Bagaimanakah cara beriman kepada Malaikat itu? Beriman kepada Malaikat ialah, kita mesti betul-betul percaya dan yakin bahawa Malaikat itu betul-betul ada yakni wujud. Mereka adalah makhluk ghaib yang tidak ada sesiapapun yang mengetahui hakikatnya yang sebenar kecuali hanya Allah S.W.T sahaja.
Para Malaikat itu tidak makan, tidak, minum, tidak tidur dan tidak berjantina lelaki atau perempuan. Allah telah menciptakan mereka dari cahaya yakini nur, sebagaimana Allah telah menciptakan Jin dari nyala api.
Rasulullah S.A.W bersada yang bermaksud:
"Malaikat telah diciptakan dari cahaya, Jin dicipta dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah disifatkan kepadamu."
(Dikeluarkan oleh Imam Muslim dari Aisyah)
Dalil-dalil banyak disebutkan di dalam Kitab Suci Al-Qur'an Al-Karim, hadith-hadith yang sohih dan berita-berita tentang para Nabi yang mutawatir. Kesemuanya itu menguatkan bahawa kewujudan Malaikat itu telah thabit dengan dalil-dalil yang tidak boleh diragukan lagi. Oleh kerana itu maka barang siapa yang tidak percaya terhadap adanya makhluk Allah S.W.T yang bernama Malaikat itu, ia telah mengingkari akan ayat-ayat suci Al-Qur'an.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Barang siapa yang kafir kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka seseungguhnya ia telah sesat sejauh-jauhnya."
(Surah An-Nisa': Ayat 136)
Adapun dalil-dalil dari ayat Suci Al-Qur'an yang menerangkan tentang kewujudan Malaikat itu sangat banyak sekali, antaranya:
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadilkan Malaikat sebagai utusan-utusan (untuk menguruskan berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Fatir: Ayat 1)
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Pada hari mereka melihat Malaikat, di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang yang berdosa dan mereka berkata: 'Hijran mahjuraa' (semoga Allah mengelakkan bahaya ini daripada saya)."
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Barang siapa yang menjadi musuh Allah; malaikat-mlaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibrail dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang kafir."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 98)
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) pada hari (waktu itu) Allah mengumpulkan mereka semuanya kemudian Allah berfirman kepada Malaikat: "Apakah mereka itu dahulunya menyembah kamu?"
Malaikat-malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau, Engkaulah pelindung kami, bukan mereka, bahkan mereka telah menyembah Jin, kebanyakan mereka telah beriman kepada Jin itu."
(Surah Saba': Ayat 40-41)
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Al-Masih (Nabi Isa) sekali-kali tidak enggan menjadi hamba Allah, dan tidak (pula enggan) Malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah)."
(Surah An-Nisa: Ayat 172)
Dalil-dalil dari Hadith Rasulullah S.A.W juga sangat banyak. Di antaranya Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang berasal dari Sayyidina Omar bin Al-Khattab R.A yang menceritakan peristiwa Rasulullah S.A.W sewaktu ditanya oleh seseorang berkenaan dengan Iman.
Baginda menjawab: "Hendaklah engkau percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, percaya kepada kitab-kitab-Nya, percaya kepada para Rasul-Nya, percaya kepada Hari Kiamat dan percaya kepada takdir baik dan buruknya."
Selain Hadith di atas, masih terdapat puluhan bahkan ratusan Hadith lagi yang menunjukkan kewujudan Malaikat. InsyaAllah dalil-dalil itu akan disebutkan di dalam blog saya ini.
Adapun dalil-dalil yang muatawatir: Maka sesungguhnya khabar tentang para Nabi telah menyebutkan akan wujudnya Malaikat secara pasti yang dapat diketahui dengan mudah. Kerana masalah Malaikat ini mutawatir dengan mudah. Kerana masalah Malaikat ini mutawatir dalam kaitannya dengan para Nabi yang diketahui oleh semua orang, maka tidak semestinya ada golongan yang mempercayai akan dakwah pada Nabi memungkiri akan adanya Malaikat.
Bersambung dengan epsiod 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan