Cinta kepada Rasulullah
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi  Muhammad S.A.W. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun.  Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu  Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis.  Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa  hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. 
Suatu hari Tsauban  berjumpa Rasulullah S.A.W, katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak  sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu  walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan  bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah  cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu  di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga  paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga  langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."  
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat  berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah  wahyu kepada Rasulullah S.A.W, bermaksud: "Barangsiapa yang taat kepada  Allah dan Rasul-Nya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang  diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh  dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini,  Tsauban menjadi gembira semula.
Tauladan dari kisah ini: 
Cinta kepada  Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen  Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah. Kita bersama siapa yang kita  sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, InsyAllah kita bersama nabi di  akhirat nanti. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa  rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu. Pasangan sahabat yang  berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan  Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya  yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi  syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.  Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan  keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Agen Poker
BalasPadamAgen Domino
99 Domino
Deposit Pulsa Tanpa Potongan
Poker88
Poker99
Poker77
Hore Poker