Selasa, 3 Mei 2011

Allahlah Yang Maha Kuasa memberi pengganti

Allah S.W.T tidak pernah mengambil sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi itupun apabila anda bersabar dan tetap redha dengan ketetapan-Nya.

“Sesiapa-Ku ambil dua. Kekasihnya (matanya) tetap bersabar maka Aku akan mengganti kedua-dua (mata)nya dengan Syurga”

Dengan kata lain sesiapa yang kehilangan anaknya namun dia tetap berusaha untuk bersabar maka di Akhirat nanti akan dibangunkan untuknya satu Baitul Hamdi (Rumah Pujian). Maka anda tidak perlu terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu ialah Allah S.W.T yang mempunyai Syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar. Para wali Allah S.W.T yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapat penghormatan yang mulia di Syurga Firdaus. Janji Allah S.W.T itu termaktub di dalam firman-Nya:

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.”


(Surah Ar-Ra'ad: Ayat 24)

Bagaimanapun kita perlu selalu melihat dan yakin bahawa sebalik musibah akan mendapat ganti dan balasan dari Allah S.W.T yang biasanya berkesudahan dengan kebaikan kita. Engan itu kita termasuk golongan orang-orang yang disebut ayat berikut ini: “Mereka itulah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Ini merupakan ucapan tahniah bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang ditimpa bencana. Usia dunia ini sangat singkat dan gudang nikmatnya pun sangat kecil. Sedangkan Akhirat lebih baik dan kekal, hingga sesiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di Akhirat nanti; dan sesiapa yang hidup sengsara di dunia akan hidup bahagia di akhirat nanti.

Berbeza dengan mereka yang sememangnya lebih mencintai dunia, hanya mengharap nikmat dunia sahaja, dan lebih senang terhadap kesenangan dunia. Hati mereka sentisa susah; cemas tidak mendapat nikmat dunia dan takut tidak tenang hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menghendaki nikmat dunia sahaja, sehingga mereka sentiasa memandang musibah sebagai malapetaka yang merugikan. Mereka juga akan memandang tiap-tiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap gelita selama-lamanya. Ini adalah mereka selalu memandang kea rah bawah tapak kakinya dan hanya menggunakan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang ditimpa musibah, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kamu. Sebaliknya kamu beruntung sebab Allah S.W.T sentiasa menurunkan sesuatu kepada para hamba-Nya dengan ketetapan yang di celah-celahnya terdapat suatu kelembutan, kasih saying, pahala, balasan dan juga pilihan. Justeru itu, sesiapa sahaja yang ditimpa musibah hebat, ia mesti menghadapinya dengan sabar, pandangan yang jernih dan cara berfikir yang matang. Dengan cara begitu, ia akan menyaksikan ganjaran dari musibah itu adalah:

“Serta diadakan di antara mereka (yang beriman dan munafik itu) satu tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan Nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.”


(Surah Al-Hadid: Ayat 13)

Sesungguhnya apa yang di sisi Allah S.W.T itu lebih baik, lebih kekal, lebih utama dan lebih mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan