Diriwayatkan dari Abi Umamah al-Bahili dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan perbaikilah niatmu di dalamnya."
Usamah R.A berkata, "Ya Rasulullah S.A.W, aku tidak pernah melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan-bulan ini seperti puasa dalam bulan Syaaban."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Wahai Usamah, itu adalah suatu bulan yang kebiasaannya manusia lengah darinya, iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Syaaban adalah satu bulan yang di dalamnya diangkat ama-amal ini kepada Tuhan seru sekalian alam, maka sebab itu aku suka amalku diangkat sedang aku dalam keadaan berpuasa."
Dikatakan bahawa sesungguhnya Malaikat-Malaikat di langit memiliki dua malam hari raya, sebagaimana orang-orang Islam di bumi memiliki dua hari raya. Hari raya bagi para Malaikat ialah pada malam Bara'ah yakni malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar, dan raya bagi orang-orang Islam di bumi ialah pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
As-Subki dalam tafsirannya menyakatan, "Sesungguhnya malam Nisfu Syaaban itu menutup dosa-dosa setahun, malam Jumaat menutup dosa seminggu dan malam Lailatul Qadar menutup dosa seumur hidup."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan