Sabtu, 23 April 2011

Seksaan Wanita

Berkata Sayyidina Ali R.A: Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah S.A.W, apabila kami masuk ke rumah beliau maka kami dapati Rasulullah S.A.W sedang menangis. Maka saya bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, mengapakah anda menangis?" Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: "Aku menangis sebab sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat keadaan orang-orang yang diseksa, itulah sebabnya bila aku mengenangkannya aku menangis."

Kemudian Sayyidina Ali R.A bertanya: "Ya Rasulullah S.A.W, apakah yang telah anda lihat?"

Rasulullah S.A.W bersabda: "Aku melihat 10 macam seksaan bagi kaum wanita, antaranya:-

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak dikepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya, dan minyak air dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu Zakum dituang ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya yang dibelit dikuasai oleh beberapa ekor ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari Neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia memakan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta dan bisu di dalam peti dari Neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga dan mulut. Badannya pula busuk sebab penyakit kulit dan lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti kaldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan.

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing, dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Dan Para Malaikat memukuli kepalanya dengan palu gondom dari Neraka.

Sebaik sahaja Fatimah R.A mendengar akan kata-kata ayahnya itu maka Fatimah R.A pun berkata: "Wahai ayahku, ceritakanlah kepadaku apakah amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut."

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu menutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

4. Orang perempuan yang diikat dengan kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah habis haid atau nifas.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memashurkan dirinya di kalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

7. Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala jengking adalah kerana dia itu boleh Solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wudhu dan ia tidak mahu mengerjakan Solat dan tidak juga mahu mandi junub.

8. Orang perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

9. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan kepada suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: "Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun." Maka sesungguhnya Allah S.W.T akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak."

Ibnu Abbs R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Seorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, maka sesungguhnya dia akan dikutuk oleh segala sesuatu yang disinari oleh matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya."

Ibnu Abbas R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah S.W.T akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka."  *Subhanallah*

Thallah bin Abdullah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila seorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati, maka sesungguhnya Allah S.W.T memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa di hadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu."

Oleh itu mulailah kita membentuk kembali apa-apa yang telah kita lakukan dan kita minta ampun kepada Allah S.W.T. Insya Allah dosa kita akan diampuni oleh Allah S.W.T. Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan