Hukum menyimpan/meletakkan gambar (Potret) bernyawa
Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa d idalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil? Jawapannya Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya
meneliti masalah ini bahawa memang HARAM dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana Malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: Dari 'Aisyah R.A katanya: Dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah S.A.W melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.
Aisyah berkata: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?"
Rasulullah S.A.W kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?"
Jawab Aisyah: "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar."
Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di Hari Kiamat
seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!"
Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (Haiwan), Malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu."
(Riwayat Muslim)
Berkata Imam Manawi: "Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yg mempunyai roh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai roh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan Malaikat pada hadith ini ialah Malaikat yangg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah. Adapun Malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam. Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, Ayat Suci Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya. Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsur-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram."
Dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam:
"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung- agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng." Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni LUKISAN, adalah HARAM sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya."
Wallahua'lam bisawwab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan