Kisah Nabi Idris A.S menikam mata Raja Iblis
Pada  suatu hari, sedang Nabi Idris A.S sedang duduk menjahit pakaian, tiba-tiba  berdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki memegang sebiji telur  di tangannya. Katanya: 
"Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan  dunia ke dalam telur ini?"
 Maka Nabi Idris a.s. memandang lelaki berkenaan dan baginda terus mengecam lelaki berkenaan sebagai Iblis Laknatullah.
  Nabi Idris A.S bersabda: "Marilah ke sini dekat denganku, tanyalah apa  yang engkau kehendaki."
Maka Raja Iblis itu pun mendekati baginda sambil  mengulangi pertanyaannya: "Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu  memasukkan dunia ke dalam telur ini?"
 Sahut Nabi Allah Idris A.S: "Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur sebesar ini, bahkan ke  dalam jarumku yang sekecil inipun, Tuhanku Maha Berkuasa memasukkan  dunia ke dalamnya."
Lalu dengan pantas Nabi Allah Idris A.S. pun menikam  mata Raja Iblis dengan jarum. Iblis pun terperanjat dan kesakitan lalu  melarikan diri setelah menerima tandatangan Nabi Allah Idris A.S. yang  telah menyebabkan ia buta sebelah matanya sehinggalah zaman kebangkitan  Junjungan kita dan kekasih Allah S.W.T iaitu Nabi Muhammad Rasulullah  S.A.W.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan