Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Setelah  Allah S.W.T selesai menciptakan Malaikat Jibrail A.S dengan bentuk yang  cantik, dan Allah S.W.T menciptakan  pula baginya 600 sayap yang  panjang, sayap itu antara timur dan barat  (Ada pendapat lain menyatakan  124, 000 sayap). Setelah itu Malaikat Jibrail A.S memandang dirinya  sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau  menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?" Lalu Allah S.W.T berfirman  yang bermaksud: "Tidak."
Kemudian  Malaikat Jibrail A.S berdiri serta Solat dua rakaat kerana Syukur  kepada Allah S.W.T dan tiap-tiap rakaat itu  lamanya 20, 000 tahun.  Setelah selesai Malaikat Jibrail A.S Solat, maka Allah S.W.T  berfirman  yang bermaksud:
"Wahai Jibrail, kamu telah  menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada  seorang pun  yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di  akhir zaman  nanti, akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku  cintai,  namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa  berdosa,  sekiranya mereka itu mengerjakan Solat dua rakaat yang hanya  sebentar  sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,  fikiran mereka  melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.  Maka demi  kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu  Aku lebih sukai  dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas  perintah-Ku,  sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku." 
Kemudian  Malaikat Jibrail A.S berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada  mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah S.W.T berfirman yang  bermaksud:
"Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai  tempat tinggal."   
Kemudian Malaikat Jibrail A.S meminta izin keada Allah S.W.T untuk melihat Syurga Ma'waa. Setelah Malaikat Jibrail A.S mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Malaikat Jibrail A.S dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3, 000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail A.S selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:
Kemudian Malaikat Jibrail A.S meminta izin keada Allah S.W.T untuk melihat Syurga Ma'waa. Setelah Malaikat Jibrail A.S mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Malaikat Jibrail A.S dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3, 000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail A.S selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:
 "Ya Tuhanku apakah sudah aku  menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau  seperempatnya?" Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Wahai   Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3, 000 tahun dan meskipun Aku   memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu   kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan   sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah  kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan Solat dua rakaat yang  mereka kerjakan." 
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W..T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Kitab Suci 
Al-Quran.
Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam Solat (yang 5 waktu)
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (Tarikh terjadinya) Hari Kiamat di dalam semua hari.
Semoga  kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua'lam. Kalau  rajin,  Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim dan Musliman yang  lain  agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang   bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang   mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan