Surah Al-Munaafiquun
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu  lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati  Allah (sembahyang lima waktu)."
"Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi."
Ayat 9: Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai  ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.
Ayat 11: Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan:
Meninggalkan solat Maghrib:
dosanya seperti berzina dengan ibunya  sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang  perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya:
maka  Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita  tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita  diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh:
Diseksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.
Perlu  kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang  dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah S.A.W yang mana apabila  dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
Meninggalkan solat Zuhur:
Diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah
Kalau  begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk  menunaikan Haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Meninggalkan solat Asar: 
Sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...
Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah S.A.W ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan