Sabtu, 30 April 2011

Meninggalkan Solat sama dosanya dengan?

Surah Al-Munaafiquun

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu)."
"Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi."

Ayat 9: Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Ayat 11: Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan:

Meninggalkan solat Maghrib:

dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!


Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya:
maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh:

Diseksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.


Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah S.A.W yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zuhur:

Diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah


Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan Haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Meninggalkan solat Asar:

Sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.


Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...
Kita dengan dia (Bush) sama saja.

Rasulullah S.A.W ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunyauntuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan, "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi Muhammad S.A.W "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh parasahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amatsukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu samalain. Sayidina Omar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsungbertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yangamat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kainyang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda."Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punyamakanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkaukorbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidakada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak." Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kainrida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekasmerah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ke tuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah S.W.T langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupundalam keseorangan. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuanjiwanya yang tinggi. Biladitanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sampaikanlah pesanku walaupun sepotong ayat..."

Nabi Musa A.S dengan penzina

Pada suatu petang yang tenang kelihatan seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam kedukaan dan kesedihan. Dia melangkah terseret-seret menuju ke tempat kediaman Nabi Musa A.S.

Diketuk pintunya perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah jawapan dari dalam, "Sila masuk." Wanita cantik itu lalu masuk sambil kepalanya terus tertunduk. Air matanya berlinangan sambil ia berkata: "Wahai, Nabi Allah tolonglah saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu, hai wanita ayu?" tanya Nabi Musa A.S dengan rasa terkejut. "Sungguh sukar, untuk saya katakan," jawab wanita itu. "Katakanlah. Jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa A.S. Maka perempuan itu berkata dengan tersekat-sekat: "Saya... saya telah berzina."

Kepala Nabi Musa A.S terangkat. Hatinya terkejut. Perempuan itu meneruskan kata-kata, "Dari penzinaan itu saya pun hamil. Satelah anak itu lahir. Saya terus... cekik sampai mati." Nabi Musa A.S merah matanya. Dengan nada marah ia mengherdik: "Perempuan si*al! Keluar kamu dari sini agar bala Allah  tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatan mu. Pergi!" Teriak Nabi Musa A.S sambil mengalih matanya kearah lain.

Perempuan berwajah sayu itu dengan hati bagaikan kaca jatuh ke batu, hancur luluh, bangkit dan melangkah keluar dari kediaman Nabi Musa A.S. Tak tahu, mana hendak mengadu lagi. Bahkan, dia tak tahu ke mana arah yang harus ditujuinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain akan menerimanya? Tergambar olehnya betapa besar dosanya. Betapa jahat perbuatannya.

Setelah wanita itu meninggalkan kediaman Nabi Musa A.S. Malaikat Jibrail A.S turun menemui Nabi Musa A.S dan bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang mahu bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa A.S terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kehinaan wanita penzina dan pembunuh itu?" Lalu Nabi Musa bertanya dengan perasaan ingin tahu kapada Malaikat Jibrail A.S. "Betulkah ada dosa yang lebih besar dari dosa perempuan yang hina itu?" "Ada." jawab Malaikat Jibrail A.S dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa A.S semakin ingin tahu. "Orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu lebih besar dosanya daripada seribu kali berzina." jawab Malaikat Jibrail A.S. Setelah mendengar penjelasan itu, Nabi Musa A.S kemudian memanggil semula wanita itu mengadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk berdoa memohonkan keampunan kapada Allah S.W.T terhadap perempuan itu.

Mutiara Hikmah

1. Jangan meninggalkan sembayang dengan sengaja.

2. Allah S.W.T pasti menerima taubat orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu marilah kita sama-sama mengingati antara satu sama lain supaya kita tidak lalai dalam menjalankan kewajipan terhadap-Nya.

Kisah seorang pemuda yang kedua Ibubapanya sepasang babi

Nabi Musa A.S adalah satu-satunya Nabi yang diizinkan berdialog langsung dengan Allah S.W.T. Setiap kali hendak bermunajat dan berdialog dengan Allah, Nabi Musa A.S naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia berdialog dengan Allah. Nabi Musa A.S sering bertanya dan Allah menjawab saat itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah S.W.T: “Ya Allah, siapakah orang di Syurga kelak yang akan menjadi sahabatku?” Allah S.W.T pun menjawab dengan memberitahu sebuah nama, nama kampungnya serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawaban, Nabi Musa A.S benar-benar penasaran dengan orang itu. Betapa istimewanya dia, tidak dikenal tetapi kelak setingkat dengan Nabi di Syurga. Siapakah dia dan apakah amal-amalnya? Nabi Musa A.S turun dari Bukit Tursina dan berjalan berhari-hari mencari orang itu ke tempat yang diberitahu Allah. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa A.S pergi ke tempat yang dituju.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk setempat, Nabi Musa A.S berhasil bertemu dengan orang tersebut. Ia ternyata seorang pemuda. Setelah memberi salam, Nabi Musa A.S dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Anehnya, pemuda itu tidak melayaninya. Dia malah masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu dituntunnya dengan baik dan rasa hormat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Lho, apa-apaan pemuda itu? Ia memelihara babi di rumahnya?” Kata Nabi Musa tersentak kaget dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu, babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantarkan kembali ke dalam kamar. Tidak lama kemudian dia keluar lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dituntun diantar kembali lagi ke dalam ke kamar yang sama.

Setelah selesai barulah dia melayani Nabi Musa AS. Musa bertanya heran: “Wahai anak muda! Apa agamamu sampai berbuat seperti itu kepada babi?”


“Agamaku agama Tauhid. Aku beriman kepada Allah.” Jawab pemuda itu.

“Tapi, mengapa kamu mengurus babi bahkan sampai seperti itu? Kita tidak boleh begitu terhadap babi.” Kata
Nabi Musa A.S.

Wahai Tuan,” kata pemuda itu, “sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapaku. Kerana mereka melakukan dosa besar, Allah telah mengazab mereka dengan mengganti wujudnya menjadi babi. Soal dosanya itu, biarlah itu urusannya dengan Allah. Sebagai anaknya, aku tetap melaksanakan kewajibanku mengurus mereka. Hari demi hari, aku berbakti kepada kedua ibu bapakku seperti yang tuan lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku sebagai anak. Sebagai anak, aku harus begitu kepada orang tuaku. Begitulah ceritanya!” kata pemuda itu.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar dosa mereka diampuni. Aku memohon supaya Allah menukarkan wajah mereka kembali menjadi manusia yang sebenarnya, tetapi Allah masih belum mengabulkan hajatku.” Tambah pemuda itu lirih, sedih dan pilu.

Setelah selesai pemuda itu bercerita, ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa AS. “Wahai Musa, inilah orang yang akan menjadi sahabatmu di surga nanti sebagai buah dari baktinya yang sangat tinggi kepada kedua orang tuanya. Ibu bapaknya yang sudah buruk rupa menjadi babi pun, dia tetap berbakti. Oleh karena itu, Kami naikkan maqamnya ke derajat yang tinggi di sisi Kami.” Kata Allah S.W.T.

Allah meneruskan lagi memberi kabar: “Kerana dia telah berada di maqam yang tinggi sebagai anak yang shaleh disisi-Ku, kini Aku kabulkan do’nya. Tempat kedua ibu bapaknya yang tadinya Aku sediakan di dalam neraka, kini telah Kupindahkan ke dalam Syurga.” *Allahu Akbar!

Hikmah:

Subhanallah… hormat dan bakti anak yang shaleh serta do’anya dapat menebus dosa ibu bapaknya yang harusnya masuk ke dalam neraka dipindahkan oleh Allah ke dalam surga. Rasulullah SAW pun bersabda mengingatkan kepada kita: “Ketika meninggal dunia, semua pahala anak Adam terputus kecuali tiga hal: amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shaleh yang mendo’akan orang tuanya.” Walaupun banyak sekali dosa yang mereka lakukan, kita tidak boleh memusuhi, menjauhi, melupakan dan menelantarkannya. Kewajiban kita sebagai anak adalah berbakti dengan tulus dan ikhlas serta mendo’akannya mudah-mudahan Allah S.W.T mengampuninya. Kisah di atas, semoga menjadi pelajaran dan teladan buat kita.

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Disampaikan Di Lembah Gunung Uranah, Gunung Arafah
Pada Tanggal 9HB Zulhijjah 10 Hijrah

Wahai manusia,


Dengar baik-baik apa yang ingin ku katakan. Aku tidak tahu adakah aku dapat bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah teliti kata kataku ini dan sampaikanlah kepada orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini…

Wahai manusia,

Sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingat bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia akan pasti akan membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.

Wahai manusia,

Allah telah mengharam riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan Riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesat kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia,

Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah sama sekali tidak boleh membenarkan orang yang sukai ke dalam kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,

Dengarlah bersungguh-sunguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjalah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu juga adalah sama, tiada seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dengan taqwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawab di atas segala apa yang kamu kerja kan. Oleh itu awaslah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,

Tiada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dangan betul dan fahamilah kata kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya. Itulah Al-Qu'ran dan Sunnahku. Hendaklah orang orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah YA ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu….

Anjing-anjing neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz yang bermaksud: "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan:

* Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

* Bacalah Al-Qur'an.

* tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.

* Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.

* Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.

* Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

* Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

* Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

* Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

* Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di Akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz: "Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Jumaat, 29 April 2011

Nama-nama Malaikat dan tugasnya

Jibril/Jibrail جبرائيل/جبريل Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail ميكائيل Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil إسرافيل Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Izrail عزرائيل Mencabut nyawa.
Munkar منكر Menyoal mayat di dalam kubur.
Nakir نكير Menyoal mayat di dalam kubur.
Ridhwan رضوان Menjaga pintu Syurga dan menyambut ahli Syurga.
Malik مالك Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib رقيب Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid عتيد Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Nama-nama 25 Rasul dan Nabi

Para Nabi.

01. Nabi Adam A.S.
02. Nabi Idris A.S.
03. Nabi Nuh A.S.
04. Nabi Hud A.S.
05. Nabi Salih A.S.
06. Nabi Ibrahim
A.S.
07. Nabi Luth
A.S.
08. Nabi Ismail
A.S
09. Nabi Ishaq A.S.
10. Nabi Ya'akub
A.S.
11. Nabi Yusuf
A.S.
12. Nabi Ayub
A.S.
13. Nabi Syu'aib
A.S.
14. Nabi Musa
A.S.
15. Nabi Harun
A.S.
16. Nabi Zulkifli
A.S.
17. Nabi Daud
A.S.
18. Nabi Sulaiman
A.S.
19. Nabi Ilyas
A.S.
20. Nabi Ilyasa’
A.S.
21. Nabi Yunus
A.S.
22. Nabi Zakaria
A.S.
23. Nabi Yahya
A.S.
24. Nabi Isa
A.S.
25. Nabi Muhammad S.A.W.

Nama-nama Syurga dan penghuninya

Senarai nama Syurga yang diterima dari emel dan sangat sesuai untuk dikongsi. Semoga ia memberi semangat kepada kita untuk terus beramal.

Berikut ini nama-nama Syurga serta tingkatan dan calon-calon penghuninya.


1. Syurga Firdaus


Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah S.W.T dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam Surah Al-Mu’minun: Ayat 1-11,
Tafsirnya:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyu dalam shalatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.”

(Surah Al-Mu’minun: Ayat 1-11)


2. Syurga ‘Adn


Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah S.W.T dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:


-Orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T.


“(Iaitu) Syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam Syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Salaamun alaikum, masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”

(Surah An-Nahl: Ayat 30-31)


- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.


“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal soleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (iaitu) Syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (Dari kekafiran dan kemaksiatan).”

(Surah Thaha: Ayat 75-76)


- Orang yang banyak berbuat baik.


“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (Pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.”

(Surah Fathir: Ayat 32-33)


- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.


“Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (iaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.”

(Surah Ar-Ra’d: Ayat 22-23)


3. Syurga Na’im


Syurga Na’im diciptakan oleh Allah S.W.T dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:


“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.”

(Surah Al-Qalam: Ayat 34)


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka Syurga-Syurga yang penuh kenikmatan.”

(Surah Luqman: Ayat 8)


“Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam Syurga yang penuh kenikmatan.”

(Surah Al-Hajj: Ayat 56)


4. Syurga Ma’wa


Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah S.W.T dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:


- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.


“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka Syurga-Syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”

(Surah As-Sajdah: Ayat 19)


- Orang-orang yang takut pada kebasaran Allah S.W.T dan menahan diri dari hawa nafsu buruk.

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (Nya).”

(Surah An-Nazi’at: Ayat 40-41)


5. Syurga Darussalam


Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah S.W.T dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Suci Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Bagi mereka (disediakan) darussalam (Syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.”

(Surah Al-An’am: Ayat 127)


6. Syurga Darul Muqamah


Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah S.W.T dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan mereka berkata:” Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (Syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu."

(Surah Fathir: Ayat 34-35)


7. Syurga Al-Maqaamul


Syurga Al-Maqaamul adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah S.W.T dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), iaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman."

(Surah Ad-Dukhan: Ayat 51)


8. Syurga Khuldi


Syurga Khudli adalah Syurga yang diciptakan oleh Allah S.W.T dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Katakanlah:” Apa (Azab) yang demikian itukah yang baik, atau Syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.”

(Surah Al-Furqan: Ayat 15)

Inilah Syurga-Syurga Allah S.W.T yang dijanji untuk orang sangat takut kepada Allah S.W.T, untuk orang yang selalu mencari amalan/pahala. Orang selalu amalkan solat, membaca Kitab Suci Al-Qur'an, berselawat dan zikir. Kan dunia ni hanya sementara? Dunia ini bukan kekal selama-lamanya, Akhirat yang kekal selama-lamanya! Marilah kita mencari amalan, Insya Allah kita akan dirahmati Allah S.W.T. Amin!

5 cara sihat amalan Rasulullah S.A.W

Dikisahkan Rasulullah S.A.W hanya sakit dua kali yang pertama kerana diracun yang kedua kerana mendekati ajalnya.

Mengapa beliau boleh sehat itu mungkin dibawah ini bisa menjelaskan sedikit kepada anda:-


1. Nabi Muhammad S.A.W selalu bangun menjelang fajar. Selesai solat tidak tidur lagi tetapi terus memgucapkan zikir, mengaji, serta mencari nafkah. Bangun menjelang fajar memang lebih nyaman daripada bangun setelah terbit matahari kerana boleh membuat tubuh kita lebih sehat, nyaman serta segar bugar.





2. Nabi Muhammad S.A.W makan sesudah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Beliau makan untuk keperluan hidup, bukan hidup untuk makan.



3. Nabi Muhammad S.A.W bila marah tanpa emosi. Marah dengan disertai emosi tidak menunjukkan keikhlasan dan kecintaan kepada yang dimarahi. Ertinya marah beliau hanya tampak dari wajah, tetapi nurani Rasulullah S.A.W menunjukkan sikap kasih sayang.



4. Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah minum sambil bernafas. Air yang beliau minum selalu dari gelas yang tertutup. Menurut beliau, air dari gelas yang terbuka mudah terkena debu.



5. Nabi Muhammad S.A.W tidak menanggapi sesuatu yang menimpa tubuh (sakit) secara berlebihan. Karena bagi beliau, pantang mengeluh serta menunjukkan sifat tidak sabar.