Selasa, 7 Jun 2011

Rahsia Alam Malaikat: Episod 4 - Bilakah Malaikat itu diciptakan?

Ramai di antara ahli sejarah mempercakapkan tentang masa malaikat diciptakan dan mereka telah menyebutkan bermacam-macam qaul dan pendapat yang kesemuanya itu tidak berasaskan dalil Al-Qur'an dan Sunnah.


Apa yang dapat kami terangkan di sini adalah sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat itu sebelum Dia menciptakan manusia. Tegasnya, malaikat diciptakan lebih dahulu daripada manusia. Hal ini dapat dilihat di dalam Al-Qur'an bahawa Allah S.W.T telah memberitahu kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan khalifah di muka bumi iaitu manusia.


Firman Allah S.W.T:


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaiakt: "Sesungguhnya Kami akan menciptakan seorang khalifah di muka bumi."


(Surah Al-Baqarah: Ayat 30)

Apabila ciptaan Allah itu telah sempurna, Allah memerintahkan para malaikat itu agar bersujud kepadanya.



Firman Allah S.W.T:

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan-Ku) maka tunduklah kamu semua kepadanya dengan bersujud."


(Surah Al-Hijr: Ayat 29)


Dengan dalil-dalil di atas bahawa Allah telah menerangkan bahawa malaikat itu dicipta sebelum Dia menciptakan manusia.

Bersambung dengan episod 5. Insya-Allah.

1 ulasan: