Khamis, 28 April 2011

Sifat romantik Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (Isteri-isteri) baginda yang paling disayangi. Rasulullah S.A.W hanya tersenyum lalu bersabda, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah S.A.W telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah S.A.W lalu menjawab: "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya." Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami-isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka." Rasulullah S.A.W selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah S.A.W agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. Ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke Syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W, tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman!" Amin! Ya Rabbal 'Alamin! Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya." Allahhuakbar!

Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

Setelah Allah S.W.T selesai menciptakan Malaikat Jibrail A.S dengan bentuk yang cantik, dan Allah S.W.T menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Malaikat Jibrail A.S memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?" Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Tidak."

Kemudian Malaikat Jibrail A.S berdiri serta Solat dua rakaat kerana Syukur kepada Allah S.W.T dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20, 000 tahun. Setelah selesai Malaikat Jibrail A.S Solat, maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti, akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan Solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."

Kemudian Malaikat Jibrail A.S berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal." 

Kemudian Malaikat Jibrail A.S meminta izin keada Allah S.W.T untuk melihat Syurga Ma'waa. Setelah Malaikat Jibrail A.S mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Malaikat Jibrail A.S dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3, 000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail A.S selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3, 000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan Solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

3. Allah S.W..T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Kitab Suci
Al-Quran.

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam Solat (yang 5 waktu)

6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (Tarikh terjadinya) Hari Kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua'lam. Kalau rajin, Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim dan Musliman yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.

Hukum menyimpan/meletakkan gambar (Potret) bernyawa

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa d idalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil? Jawapannya Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya
meneliti masalah ini bahawa memang HARAM dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana Malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: Dari 'Aisyah R.A katanya: Dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah S.A.W melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.

Aisyah berkata: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?"

Rasulullah S.A.W kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?"

Jawab Aisyah: "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar."

Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di Hari Kiamat
seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!"


Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (Haiwan), Malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu."

(Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi: "Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yg mempunyai roh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai roh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan Malaikat pada hadith ini ialah Malaikat yangg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah. Adapun Malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam. Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, Ayat Suci Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya. Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsur-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram."

Dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam:

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung- agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng." Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni LUKISAN, adalah HARAM sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya."

Wallahua'lam bisawwab.

Menguap menurut Islam

Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya baginda Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang
bermaksud:

"Sesungguhnya Allah S.W.T suka orang yang bersin, dan membenci
orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Islam yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah.' Adapun menguap itu adalah daripada Syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, Syaitan akan mentertawakannya."


(Hadith Riwayat Imam Bukhari.)

Daripada Abu Said Al-Khudri R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W
yang bermaksud:

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya Syaitan itu akan
masuk (Melalui mulut yang terbuka)."

(Riwayat Imam Muslim)


Daripada Abdullah bin Az-Zubair R.A, katanya: Telah bersabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."

(Hadith riwayat Imam Muslim,
Ahmad dan At-Tirmidzi.)

Pengajaran daripada maksud Hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:


1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu
terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan
menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi
ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan
'Alhamdulillah', dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah.'

5. Sunat mengucapkan
Au Zubillah Himinahsyaitan Nirrajim dan mengucapkan Astaghfirullah  selepas menguap.

Rabu, 27 April 2011

Kisah Nabi Idris A.S

Nabi Idris A.S adalah seorang Rasul Allah yang tersebut namanya dalam Kitab Suci Al-Quran. Menurut Imam Bukhari, Nabi Idris A.S ini adalah datuk kepada Nabi Nuh A.S. Nabi Idris A.S juga adalah keturunan keenam dari Nabi Adam A.S putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Nabi Adam A.S dan Nabi Syith A.SNabi Idris A.S menurut sementara riwayat, baginda bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk Agama Allah S.W.T mengajarkan Tauhid dan beribadat menyembah Allah S.W.T serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan di Akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun. Nama Nabi Idris A.S yang sebenar ialah Ukhnuh, tetapi oleh kerana beliau rajin serta tekun belajar kitab-kitab Allah S.W.T, maka terkenallah beliau dengan nama Idris.

Nabi Idris A.S diutus oleh Allah S.W.T untuk mengingatkan umat keturunan Qabil yang telah bersikap derhaka. Nabi Idris A.S merupakan keturunan keenam Nabi Adam A.S. Nabi Idris A.S belajar agama sejak kecil dari Nabi Syith A.S, putera Nabi Adam A.S. 

Menurut riwayatnya, Nabi Idris A.S adalah seorang Nabi yang mula-mula pandai menulis dengan kalam. Beliau juga yang mula-mula membaca hingga Allah S.W.T menurunkan 30 buah syafiah yang berisi petunjuk-petunjuk dari Allah S.W.T untuk disampaikan kepada umatnya.

Selain dari itu ada lagi kelebihan Nabi Idirs A.S ini. Beliau juga adalah orang yang mula-mula pandai menggunting pakaian serta menjahitnya sedangkan sebelum itu manusia hanya pandai memakai pakaian yang diperbuat dari kulit binatang sahaja.

Nabi Idris A.S juga terkenal sebagai seorang Rasul yang kuat beribadat dan suka menolong orang-orang yang miskin dan susah. Pada masa lapang Nabi Idris A.S akan mengisikan masanya dengan menjahit atau meneun pakaian. Apabila tenunan kainnya sudah siap ia akan memberikannya kepada orang-orang miskin atau susah dengan percuma sahaja. Demikian indahnya akhlak Nabi Idris A.S. Beliau bukan sahaja sangat takwa terhadap Allah S.W.T tetapi juga sangat santun dan pemurah terhadap kaumnya yang susah.

Sifat takwa Nabi Idris A.S serta keluasan ilmunya itu akhirnya menjadi terkenal di sisi kaumnya. Semua orang ingin seklai berkenalan dengannya.

Sebagai seorang Rasul, Nabi Idris A.S tidak pernah lalai beribadat terhadap Allah S.W.T sekalipun dalam keadaan sibuk menjalankan tugas hidupnya sehari-hari. Beliau juga mempunyai kekuatan dan kebenarian yang luar biasa hinggakan mendapat gelaran "Asadul Al-Usud" yang ertinya "Singa dari segala singa." Dengan keberanian dan kegagahannya  itu, Nabi Idris A.S dapat memerangi orang-orang yang derhaka kepada Allah S.W.T.

Satu lagi hal keistimewaan Nabi Idris A.S ialah tentang perihal beliau dapat berkenalan dengan Para Malaikat. Menurut sesetengah ahli tafsir Al-Quran mengatakan bahawa ketika Nabi Idris A.S berpeluang berkenalan dengan Para Malaikat, beliau pun bermaksud untuk naik ke langit. Tujuannya ialah untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri akan alam ghaib. Keinginan Nabi Idris A.S itu dimakbulkan oleh Allah S.W.T sehingga naiklah Nabi Idris A.S ke langit yang keempat. 
Ketika Nabi Muhammad S.A.W melakukan Israk Mikraj, ia berjumpa dengan Nabi Idris A.S di langit keempat. Ketika itu Nabi Idris A.S memberi salam kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ada sebahagian ulama mengatakan beliau naik ke langit yang keenam.

Imam Bukhari pernah meriwayatkan satu kisah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A. tentang kisah Nabi Idris A.S ini. Katanya: "Tatkala Nabi Muhammad S.A.W dan Malaikat Jibrail A.S melalui suatu tempat pada malan Israk dan Mikraj baginda telah bertemu dengan Nabi Idris. Nabi Idris telah menyambutkan Rasulullah S.A.W dengan ucapan: "Selamat datang Nabi yang soleh dan saudara yang soleh." Maka Nabi Muhammad S.A.W pun lalu bertanya: "Siapakah dia?" Malaikat Jibrail A.S menjawab: "Dialah Idris."

Bahkan dalam Surah Al-Anbiya, Ayat 85-86, Allah S.W.T berfirman yang bermasud: "Ingatlah akan kisah Ismail, Idris dan Zulkifli; masing-masingnya masuk golongan orang-orang yang sabar. Kami masukkan mereka itu ke dalam rahmat Kami; sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang soleh."

Nabi Idris Dengan Malaikat Izrail (Malaikat Pencabut Nyawa)


Sebagai seorang Nabi dan Rasul, Nabi Idris A.S terkenal kerana sifatnya yang amat takwa serta ilmunya yang luas. Sebab itu ramailah orang ingin berkenalan dengannya, bahkan Malaikat sendiri ingin sekali berkenalan dengan beliau.

Hatta maka tersebutlah suatu kisah yang menarik tetang Malaikat Izrail A.S yang ingin berkenalan dengan Nabi Idris A.S. Sebelum Malaikat itu pergi menemui Nabi Allah itu, di terlebih memohon izin dari Allah S.W.T untuk bertemu ke rumah Nabi Idirs A.S.

Setelah mendapat izin dari Allah S.W.T, maka Malaikat Izrail A.S itupun menyamarlah dirinya sebagai manusia biasa lalu pergilah ia bertemu di rumah Nabi Idris A.S. Pada mulanya Nabi Idris A.S tidak tahu sama sekali bahawa tamunya itu seorang Malaikat. Tetapi lama kelamaan beliau pun berasa agak curiga terhadap tamunya setelah lama bergaul dengannya. Harus dengan ilmunya yang luas itu Nabi Idris A.S dapat merasakan sesuatu keanihan pada diri tamunya itu.

Maka pada suatu ketika baik Nabi Idris A.S pun bertanyalah kepada tamunya itu. "Siapakah sebenarnya engkau, hai kawanku?" Maka lantas Malaikat Izrail A.S menjawab: "Aku sebenarnya Malaikat pencabut nyawa," begitu terus-terang sekali jawabnya. Medengar jawapan Malaikat itu, Nabi Idris A.S agak terkejut juga walaupun sebagai seorang Rasul beliau tentunya tidak takut pada mati kalau sudah demikian kehendak Allah. "Apakah maksudmu datang ke sini untuk mencabut nyawaku?" Bertanya Nabi Idris A.S seterusnya. "Bukan hai Nabi Allah! Aku datang cuma ingin berkenalan sahaja, kami amat kagum terhadap iman dan ketakwaanmu!" Sahut Malaikat Izrail A.S. "Oh, kebetulan sekali kawan!" Sambung Nabi Idris A.S. Jawabpannya itu agak menimbulkan kehairanan pada Malaikat Izrail A.S. Nabi Idris A.S lalu menyambung. "Sebenarnya aku ingin sekali mati, agar dapat merasakan bagaimana sakitnya orang yang sedang dicabut nyawanya. Dengan demikian, aku akan lebih tekun bagi mengerjakan ibadat setelah merasakan sakitnya orang yang sedang dicabut nyawanya. Setelah aku rasakan itu semua, sudilah kiranya engkau berdoa kepada Allah supaya aku diizinkan hidup kembali."

Apabila Malaikat Izrail A.S medengar percakapan Nabi Idris A.S itu maka dia pun berkata: "Maaf sekali ya Nabi Allah! Sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malainkan mendapat izin Allah terlebih dahulu," jelas Malaikat Izrail A.S.

Baru sahaja Malaikat itu mengucapkan itu, tiba-tiba datang wahyu kepadanya supaya mencabut nyawa Nabi Idris A.S. Kemudian dalam kesedihannya dan Malaikat Izrail A.S pun menangis, Malaikat Izrail A.S itupun bermohon kepada Allah S.W.T supaya Nabi Idris A.S dihidupkan kembali. Allah S.W.T mengabulkan doanya lalu Nabi Idris A.S pun dihidupkan semula.

Setelah hidup kembali, Nabi Idris A.S pun berkata: "Wahai sahabatku! Sesungguhnya aku sangat berterima-kasih kepadamu atas doamu hingga aku dapat hidup semua!" Maka Malaikat Izrail A.S mejawab: "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?" Maka Nabi Idris A.S berkata: "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (Dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

"Wahai Nabi Allah!" Sambung Malaikat Izrail: "Sebernarnya ketika aku mencabut nyawamu sudah berhati-hati dan perlahan sekali. Belum pernah aku cabut nyawa orang sehalus itu." Demikian dia menjelaskan.

Tatkala mereka berbual-bual itu, maka Nabi Idris A.S pun berkata dengan suara yang lembut: "Wahai sahabatku, Izrail, sudikah engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahannam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Pinta Nabi Idris A.S, "Ya sahabatku, bagaimana aku dapat menghantarmu melihat Neraka Jahannam kalau tidak diizinkan oleh Allah S.W.T sebagaimana engkau minta dimatikan dulu?" Jawab Malaikat Izrail A.S, menjelaskan.

Setelah Nabi Idris A.S mengucapkan maksudnya itu maka datang wahyu Allah S.W.T kepada Malaikat Izrael A.S memerintahkannya supaya membawa Nabi Idris A.S pergi melihat Neraka Jahnnam. Setelah kedua-dua sampai ke Neraka, wah betapa terkejut dan takut-takala melihat keadaan dalam Neraka itu yang serba-serbinya mengerikan. Nabi 
Idris A.S melihat segala macam-macam seksaan yang diciptakan Allah S.W.T untuk musuh-musuh-Nya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada Neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli Neraka tersebut. Setelah puas melihat keadaan Neraka itu Nabi Idris A.S pun berkata kepada Malaikat Izrail A.S.

"Wahai sahabatku,
 saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat Syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah dan juga untuk lihat keindahan dan kenikmatan di sana. Bukankah Syurga tempat dijanjikan Allah S.W.T bagi orang-orang yang beriman?" Maka jawab Malaikat Izrail A.S: "Wahai Nabi Allah, bukankah aku telah katakan kepadamu bahawa aku tidak mendapat izin dari Allah S.W.T."

Tetapi tiba-tiba datang wahyu Allah S.W.T kepada Malaikat Izrail A.S itu memerintahkannya supaya membawa Nabi Idris A.S pergi ke Syurga pula. Sungguh cinta sekali Allah S.W.T kepada Nabi Idris A.S. Itulah satu kelebihan dan kurnia yang diberikan Allah S.W.T kepada Nabi Idris A.S. Sahaja yang tidak dirasai oleh Nabi-Nabi yang lain.

Akhirnya, Malaikat Izrail A.S pun membawa Nabi Idris A.S pergi melihat Syurga pula. Setelah sampai ke pintu Syurga, maka Malaikat Izrail pun menyuruh Nabi Idris A.S supaya masuk ke dalam Syurga untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri akan keindahan dan kenikmatan yang terlindung dari pemandangan sekalian manusia. 
Nabi Idris A.S melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah, agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam."  Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam Syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris A.S masuk lagi ke dalam Syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam Syurga. Maka Nabi Idris A.S berkata kepada Malaikat Izrail A.S "Hai sahabatku, Izrail selipar saya tertinggal di dalam Syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam Syurga," maka Nabi Idris A.S masuk ke Syurga dan tidak mahu keluar lagi dari Syurga. Lalu sekali Malaikat Izrail A.S menunggu di luar tetapi yang ditunggunya itu tidak juga keluar.

Maka berteriaklah Malaikat Izrail A.S memanggil Nabi Idris A.S agar keluar dari Syurga. "Ya Nabi Allah! Ya Idris!" Malaikat Izrail A.S memanggil. "Ayuh keluarlah, aku sudah lama menunggumu!" Sambungnya. Malaikat Izrail A.S tentunya tertanya-tanya sendirian kenapa sebabnya maka Nabi Idris A.S lama sekali berada di dalam Syurga dan masih belum keluar-keluar lagi.

Dari dalam Syurga Nabi Idris A.S menyahut: "Wahai sahabatku Izrail! Aku ingin ucapkan berbanyak-banyak terima-kasih kepadamu kerana menghantarkan aku ke Syurga ini. Tetapi sekarang aku tidak mahu keluar lagi. Sebab bukankah aku telah merasakan mati?"

Malaikat Izrail A.S tentu seklai terkejut apabila mendengarkan kata-kata Nabi Idris A.S itu, lalu diapun berkata: "Wahai Nabi Allah! Mana boleh tuan tinggal di dalam buat selama-lamanya sedangkan tuan belum mendapat izin dari Allah?" Maka menurut ceritanya Allah S.W.T memerintahkan Malaikat Izrail A.S supaya meninggalkan Nabi Idris A.S di Syurga itu. Maka demikianlah satu mukjizat, satu kurnia Allah S.W.T berikan kepada Nabi Idris A.S kerana keimanannya dan ketakwaannya yang bulat terhadap Allah S.W.T. Dialah seorang Nabi dan Rasul yang diizinkan Allah S.W.T tinggal di Syurga buat selama-lamanya.

Terdapat diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah:-

1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.


2. Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.


3. Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.


4. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.


5. Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.


6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.


7. Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.


8 . Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya dia tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.


Dalam hubungan dengan firman Allah S.W.T bahawa Nabi Idris A.S diangkat kemartabat tinggi Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris A.S wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat Wallahu a'alam bissawab

-TAMAT-

Ahad, 24 April 2011

Gambar-gambar gempa bumi dan tsunami dalam Jipun 1/3
















10 jenis Solat yang tidak diterima Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:-

1) Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2) Orang lelaki yang mengerjakan Solat tetapi tidak mengeluarkan zakatnya.

3) Orang lelaki yang menjadi Imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4) Orang lelaki budak yang melarikan diri.

5) Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6) Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7) Orang perempuan yang mengerjakan Solat tanpa memakai tudung.

8) Orang Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

9) Orang yang suka makan  harta riba.

10) Orang yang Solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hasan R.A berkata: "Kalau solat kamu itu tidak menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada Hari Kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula kearah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."