Selasa, 7 Jun 2011

Rahsia Alam Malaikat: Episod 4 - Bilakah Malaikat itu diciptakan?

Ramai di antara ahli sejarah mempercakapkan tentang masa malaikat diciptakan dan mereka telah menyebutkan bermacam-macam qaul dan pendapat yang kesemuanya itu tidak berasaskan dalil Al-Qur'an dan Sunnah.


Apa yang dapat kami terangkan di sini adalah sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat itu sebelum Dia menciptakan manusia. Tegasnya, malaikat diciptakan lebih dahulu daripada manusia. Hal ini dapat dilihat di dalam Al-Qur'an bahawa Allah S.W.T telah memberitahu kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan khalifah di muka bumi iaitu manusia.


Firman Allah S.W.T:


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaiakt: "Sesungguhnya Kami akan menciptakan seorang khalifah di muka bumi."


(Surah Al-Baqarah: Ayat 30)

Apabila ciptaan Allah itu telah sempurna, Allah memerintahkan para malaikat itu agar bersujud kepadanya.



Firman Allah S.W.T:

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan-Ku) maka tunduklah kamu semua kepadanya dengan bersujud."


(Surah Al-Hijr: Ayat 29)


Dengan dalil-dalil di atas bahawa Allah telah menerangkan bahawa malaikat itu dicipta sebelum Dia menciptakan manusia.

Bersambung dengan episod 5. Insya-Allah.

12 azab bagi mereka yang meninggalkan solat

Dalam sebuah hadith menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya."
Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. 

2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. 

3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. 

2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar. 

3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. 

2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 

3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat. 

2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya. 

3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama. Di bawah merupakan rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, semasa, dan selepas peristiwa Israk Mikraj.

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh Malaikat Jibrail dan Mikail A.S. Hati Baginda S.A.W, dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘Alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh Malaikat Jibrail dan Israfil A.S. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Malaikat Jibrail A.S supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada Allah S.W.T;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya:

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W dibertahu oleh Jibrail: "Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak."

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: "Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan)."

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: "Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)."

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: "Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka."

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: "Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami."

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: "Itulah orang yang makan riba`."

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: "Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain."

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: "Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya."

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: "Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang."

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: "Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat."

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: "Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat."

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: "Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua."

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: "Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat."

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: "Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat."

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari Syurga. Rasulullah S.A W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk Syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”  Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, Syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga." Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke Syurga. Seterusnya baginda masuk ke Syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T: "Ya Muhammad."

Rasulullah S.A.W: "Labbaika."

Allah S.W.T: "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan."

Rasulullah S.A.W: "Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan."

Allah S.W.T: "Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari Kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa': Ayat 1).  Wallahua’lam.

Bukti kebesaran Allah S.W.T, batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi S.A.W menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.

Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil Al-Aqsa di Yarusalem (Baitulmuqadis).

Sampai sekarang masjid "Dome of Rock" ditutup untuk umum, dan Yahudi telah membuat masjid lain iaitu Al-Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" (yang sering terlihat di poster-poster yang disebarkan ke seluruh dunia dimana-mana) dan disebut sebagai Al-Aqsa, untuk mengelabui umat Islam dimana masjid Al-Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad S.A.W pernah sebutkan Al-Aqsa sebagai "Masjid kubah biru".

Sekarang ini masjid Al-Aqsa yang sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.

Copy/Past from http://makeiteasy123.blogspot.com/2010/07/peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad.html

Isnin, 6 Jun 2011

Kisah Nabi Musa dengan Iblis

Suatu hari ketika Nabi Musa berada dalam majlisnya, tiba-tiba datang Iblis dengan baju yang dilabuhkan pada kepalanya. Apabila dekat dengan Nabi Musa, ia menanggalkan pakaiannya itu. Maka terjadilah soal-jawab di antara Nabi Musa dan Iblis.

Iblis: "Assalamu'alaikum, Wahai Musa"

Nabi Musa: "Siapa Kamu?"

Iblis: "Saya Iblis."

Nabi Musa: "Allah S.W.T tidak menghormati engkau, untuk apa engkau datang?"

Iblis: "Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu di atas ketinggian tempat dan kedudukkanmu di sisi Allah S.W.T."

Nabi Musa: "Bilakah apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan engkau dapat menghalanginya."

Iblis: "Apabila seseorang itu merasa taajjub terhadap dirinya dan ia berlaku sombong maka lupalah ia akan dosanya."

Seterusnya Iblis tersebut memberikan tiga peringatan kepada Nabi Musa A.S iaitu :-

1. Janganlah sesekali engkau berkhalwat dengan perempuan yang tidak halal bagimu. Kerana tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku menemaninya (menjadi pihak ketiga) tanpa teman-temanku yang lain sehingga aku membuat fitnah terhadap keduanya.

2. Janganlah engkau berjanji (bernazar) kepada Allah S.W.T melainkan engkau memenuhinya. Kerana tidak berjanji seseorang kepada Allah S.W.T melainkan aku menemaninya tanpa teman-temanku yang lain , maka akulah yang menjadi dinding penghalang antara orang itu dengan janjinya sehingga janji itu tidak dapat ditunaikan.

3. Janganlah sekali-sekali engkau mengeluarkan sedekah melainkan apa yang engkau sayangi (barang yang baik-baik) kerana sesungguhnya tiadalah seorang itu mengeluarkan sedekah sedangkan dia menyayanginya melainkan aku sendirilah tanpa teman-temanku yang membuat tidak terlaksananya sedekah itu. Selepas berkata demikian, Iblis itu berpaling dan sebelum pergi ia berkata: "Celak_a! Celak_a ! Celak_a !"

Musa telah pun mengetahui apa yang harus berwaspada terhadap anak keturunan Adam. Al-Qurasyi berkata: "Aku mendengar sesungguhnya Syaitan berkata kepada orang perempuan: "Engkau adalah separuh daripada tenteraku. Engkaulah anak panahku yang kugunakan untuk memanah (manusia). Aku tidak salah menjadikan engkau untuk mengetahui segala rahsia dan engkaulah utusan untuk menyampaikan hajatku."

Keampunan dengan menjawap Azan

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya Itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah Kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawap Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.
Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu, iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebut-Ku dalam keadaan leka."

Malaikat Jibril dan Mikail menangis

Dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali menyebutkan bahawa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai Al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut Az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut Al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah Al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut At-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut Al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah Iblis.

Dia (Iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu Iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang Aku kehendaki." Oleh kerana Iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati Iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi Iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai. Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari Syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir.

Walaupun Iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya. Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Malaikat Jibril A.S dan Mikail A.S.  Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, " (Sebenarnya Dia Maha Mengetahui) Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab,

"Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu daya-Ku." Setelah diusir, maka Iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi Iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata Iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata Iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki."

"Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram. Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."

(Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :

"Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan Iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Nama-nama Neraka dan penghuninya

Kita sudah tahu nama-nama Syurga dan penghuninya. Sekarang ini nama-nama neraka.

TINGKATAN NERAKA

Allah S.W.T telah menciptakan api neraka pada hari Ahad. Neraka itu mempunyai tujuh buah pintu. Allah S.W.T berfirman dalam Surah: Al-Hijr Ayat 44:

Jahannam itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu (disediakan) untuk golongan yang tertentu daripada umat manusia. Neraka itu mempunyai tujuh tingkat iaitu:

1. Jahannam

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Hijr Ayat 43: "Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) seluruhnya."

2. Sa'ir

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Insyiqaq Ayat: 12: "Dan dia akan masuk ke dalam Sa'ir (api yang menyala-nyala)."

3. Saqor

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Muddath-Thir Ayat: 420: "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqor?"

4. Jahim

Allah S.W.T berfirman dalam Surah: Al-Syu`ara' Ayat 91: "Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat."

5. Hutomah

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Humazah Ayat: 5: "Dan tahukah engkau apakah Hutomah itu?"

6. Lazo

Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Ma'arif Ayat 15: "Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah bergejolak."

7. Hamiyah

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Qari'ah ayat 9: "Maka tempat kembalinya adalah Hawiyah. Maka pada tiap-tiap tingkatan dari neraka yang tujuh itu akan diteriakkan:

Pertama: "Maka celakalah pada hari itu orang-orang yang suka berbohong."


(Surah Al-Tur: Ayat 11)

Kedua: "Maka celakalah orang-orang yang sembahyang yang lalai dari sembahyangnya."

(Surah Al-Ma`un: Ayat 4-5)

Ketiga: "Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela."

(Surah Al-Humazah: Ayat 1)

Keempat: "Maka celakalah mereka, kerana apa yang dibuat oleh tangan mereka sendiri."

(Surah Al-Baqarah: Ayat 79)

Kelima: "Dan celakalah orang-orang yang musyrik, yakni orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir akan adanya hari akhirat."

(Surah Fussilat: Ayat 6-7)

Keenam: "Maka celakalah orang-orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah."

(Surah Al-Zumar: Ayat 22)

Ketujuh: "Celakalah orang-orang yang tidak jujur (dalam hal sukat-timbang)."

(Surah Al-Mutaffifin: Ayat 1)

Semua penghuni neraka nanti pada hari kiamat akan mengucapkan kata-kata, iaitu:

Penghuni tingkat ke-7: "Wahai Malik (penjaga neraka), biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja."

(Surah Al-Zukhruf: Ayat 77)

Penghuni tingkat ke-6: "Mintalah kepada Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya Dia meringankan azab kami meski cuma sehari."

(Surah Al-Mukmin: Ayat 49)

Penghuni tingkat ke-5: "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh."

(Surah Al-Sajdah: Ayat 12)

Penghuni tingkat ke-4: "Ya Tuhan kami, beri tangguhlah untuk kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang singkat, nescaya kami akan mematuhi seruan-Mu, dan akan mengikuti para rasul."

(Surah Ibrahim: Ayat 44)

Penghuni tingkat ke-3: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran) sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Mukminun: Ayat 107)

Penghuni tingkat ke-2: "Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami sendiri."

(Surah Al-Mukminun: Ayat 106)

Penghuni tingkat ke-1: "Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, wahai Yang Maha Memberi."

Rasulullah S.AW pernah bertanya kepada Malaikat Jibrail A.S tentang penghuni-penghuni neraka, maka Malaikat Jibrail A.S berkata: "Neraka tingkat ketujuh adalah tempat orang-orang munafik. Tingkat keenam adalah tempat orang-orang yang derhaka dan orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Tingkat kelima adalah tempat orang-orang yang sombong dan zalim. Tingkat keempat adalah tempat orang-orang yang membesar diri dan kafir. Tingkat ketiga adalah tempat orang-orang Yahudi. Tingkat kedua adalah tempat orang-orang Nasrani."

Kemudian Malaikat Jibrail A.S diam, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W kepada Malaikat Jibrail as tentang penghuni tingkat pertama. Lalu Malaikat Jibril A.S, setelah merasa terpaksa, menjawab: "Penghuni tingkat pertama adalah tempat umatmu yang melakukan maksiat."

Setelah mendengar penjelasan Jibril as yang semacam itu, maka Rasulullah S.A.W jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Kemudian setelah sedar kembali, maka baginda menangis tersedu, lalu masuk rumah dan mengunci pintunya. Kemudian baginda pun munajat kepada Allah S.W.T, maka turunlah Malaikat Jibrail A.S seraya memberi khabar gembira kepada baginda, iaitu: Baginda akan diberi hak untuk memberi syafaat kepada umatnya, kelak pada Hari Kiamat. Wallahualam.

Khamis, 2 Jun 2011

Rahsia Alam Malaikat: Episod 3 - Malaikat itu diciptakan daripada apa?

Hadith Rasulullah S.A.W telah jelas menerangkan kepada umatnya bahawa malaikat itu diciptakan daripada 'nur' (cahaya).

Rasulullah S.A.W bersabda yang merkasud:

"Malaikat itu dicipta daripada nur, jin diciptakan daripada nyala api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah disifatkan kepadamu."


Ikrimah berkata: "Malaikat itu diciptakan daripada 'nurul izzah."

Yazid bin Rumman pula berkata: "Telah sampai khabar kepadaku bahawa malaikat itu diciptakan daripada 'Ruhullah'."

Bersambung dengan episod 4. InsyaAllah.

Rahsia Alam Malaikat: Episod 2 - Siapakah Malaikat itu?

Para Malaikat itu adalah hamba Allah yang mulia, yang menjadi utusan (duta) antara Allah dan para Rasul-Nya. Mereka adalah makhluk yang mulia dalan penciptaan dan akhlaknya, mulia di sisi Allah, suci dan bersih zat, sifat dan pekerjaannya. Mereka sangat patuh pada perintah Allah Azza Wajalla, mereka adalah sejenis makhluk di antara makhluk Allah yang dicipta daripada nur (Cahaya) untuk beribadah kepada-Nya. Mereka bukan anak-anak lelaki atau perempuan Allah, mereka juga bukan sekutu Allah.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Dan mereka berkata: "Tuhan yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak", Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-malaikat itu), adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (Malaikat) dan dibelakang mereka, dan mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai oleh Allah, dan mereka itu selalu berhati-berhati kerana takut kepada-Nya. Dan barang siapa di antara mereka mengatakan: "Sesungguhnya aku adalah Tuhan selain daripada Allah", maka orang itu Kami balas dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Anbiyaa': Ayat 26-28)

Firman Allah S.W.T yang ertinya:

"Dan mereka menjadi malaika-malaikat yang itu adalah hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah sebagai orang-orang perempuan.

Apakah mereka menyaksikan penciptaan malaikat-malaikat itu? Kelak akan dituliskan persaksian mereka dan mereka akan dimintai pertanggungjawapan."


(Surah Az-Zuhruf: Ayat 19)

Bersambung dengan episod 3.

Kelebihan Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:
 “Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan Allah, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah S.W.T."
"Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.
 
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka Allah akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya Syaitan dan Dajjal.
 
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
 
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
 
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.
 
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya.”
 
Sabda Rasulullah S.A.W: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Malaikat Jibrail A.S: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
 Berkata Jibrail A.S: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

 
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada Allah S.W.T. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:


“Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada Allah, lalu Allah meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah S.A.W lagi:

"Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah S.A.W, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW:

“Wahai Tsauban, demi Allah Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana Allah, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah S.A.W) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku (Bulan kita).”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

  • KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadith lagi Rasulullah S.A.W menunjukkan kelebihan bulan Rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat.
 
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
 
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
 
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
 
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
 
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
 
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam Syurga.
 
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
 
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
 
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
 
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
 
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.